Hadis Sahih Bukhari No. 0227 Jilid 1 Topik adalah Solat 227 Riwayat dari Anas bin Malik, "Bahawa neneknya, Mulaikah, mengundang Rasulullah saw. makan hidangan yang sengaja dibuatnya untuk beliau. Sesudah makan, Rasulullah saw. bersabda, "Aku ingin solat bersama-sama dengan Anda." Kata Anas, "Lalu aku berdiri ke sebuah tikar yang sudah hitam milik kami yang sudah lama dipakai. Tikar itu ku percik air. Setelah itu maka berdirilah Rasulullah saw. dan saya dengan seorang anak yatim (Jumairah) berbaris di belakang Rasulullah saw. dan wanita berdiri di belakang kami. Rasulullah saw. solat bersama kami dua rakaat dan sesudah itu beliau pergi." |