Hadis Sahih Bukhari No. 0225 Jilid 1 Topik adalah Solat 225. Riwayat dari Anas bin Malik: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. jatuh dari kuda sehingga luka betis dan bahunya. Beliau berjanji tidak akan pulang kepada isteri beliau selama sebulan. Beliau tinggal di bilik loteng yang diberi tangga dengan batang kurma. Maka datanglah para sahabat mengunjungi beliau. Nabi solat bersama-sama dengan mereka sambil duduk, sedangkan mereka solat berdiri. Setelah Nabi memberi salam, beliau bersabda, "Imam itu diadakan untuk diikut. Apabila dia takbir, takbirlah kamu. Dan apabila dia rukuk, rukuk pulalah kamu. Apabila dia sujud, sujudlah kamu. Dan apabila dia solat dengan berdiri, solat pulalah kamu dengan berdiri." Setelah hari yang kedua puluh sembilan, Nabi saw. turun dari bilik loteng itu. Lalu para sahabat berkata : Ya, Rasulullah! Bukanlah anda berjanji tidak akan pulang selama sebulan?" Jawab Nabi, "Bulan ini hanya dua puluh sembilan hari. |