Hadis Sahih Bukhari No. 0223 Jilid 1 Topik adalah Solat 223. Dari Abu Juhaifah, katanya: "Saya melihat Rasulullah saw. dalam khemah merah dari kulit. Dan melihat Bilal mengambil air sisa wuduk Rasulullah saw., dan melihat orang banyak berebut mengambil air sisa wuduk itu. Siapa yang memperoleh air itu agak sedikit disapukannya ke badannya dan siapa yang tidak mendapat sedikit juapun, diambilnya dari basah tangan kawannya. Kemudian saya lihat Bilal mengambil sebuah tongkat lalu menancapkannya di tanah. Dan Nabi saw. datang berpakaian merah sambil menyingsingkan lengan bajunya. Nabi saw. solat berjemaah dua rakaat. Saya lihat orang dan ternak lalu di sebelah tongkat itu." |