Hadis Sahih Muslim No. 0221 Jilid 1 Topik adalah Bersuci 221. Dari Syuraih bin Hani' r.a., katanya: "Aku datang kepada 'Aisyah r.a. menanyakan perihal menyapu sepatu." Jawab 'Aisyah, "Ada baiknya masalah itu anda tanyakan kepada anak Abu Thalib (Ali bin Abi Thalib), kerana dia pernah musafir bersama-sama Rasulullah saw." Lalu kami bertanya kepada Ali. Jawab Ali, "Rasulullah saw. membolehkan menyapu sepatu tiga hari tiga malam bagi orang musafir dan sehari semalam bagi orang muqim (tidak musafir)." |