Hadis Sahih Muslim No. 0220 Jilid 1 Topik adalah Bersuci 220. Dari Mughirah bin Syu'bah r.a., katanya: "Pada suatu ketika dalam suatu perjalanan Rasulullah saw. tertinggal, dan aku tertinggal pula bersama-sama dengan beliau. Ketika beliau hendak buang hajat, beliau bertanya kepada ku, "Adakah engkau membawa air?" Lalu aku membawakan air setimba untuk beliau. Maka dicucinya tangan dan mukanya. Ketika hendak mencuci tangan, beliau mendapat kesulitan kerana lengan bajunya sempit. Sebab itu dikeluarkannya tanganNya dari bawah jubah, dan beliau letakkan jubah itu ke bahunya. Sesudah itu beliau mencuci kedua tanganNya, menyapu kepala di atas serbannya dan menyapu kaki di atas kedua sepatunya. Kemudian beliau naik ke atas kenderaannya, dan aku pun ikut pula naik. Ketika rombongan yang mendahului kami tersusul oleh kami, kami dapati mereka sedang solat, diimami 'Abdur Rahman bin 'Auf, dan mereka telah rukuk satu rakaat. Ketika dia mengetahui kedatangan Nabi saw. 'Abdur Rahman berusaha hendak mundur, tetapi Nabi saw. memberi isyarat supaya dia terus mengimami. Lalu Nabi saw. solat bersama-sama dengan mereka. Setelah mereka selesai solat (memberi salam), Rasulullah berdiri dan kami mencukupkan solat kami yang ketinggalan satu rakaat lagi. |