Hadis Sahih Muslim No. 0219 Jilid 1 Topik adalah Bersuci 219. Dari 'Urwah bin Mughirah r.a., dari bapanya, katanya: "Pada suatu malam aku berpergian bersama Nabi saw. Di tengah perjalanan beliau bertanya, "Adakah engkau membawa air?" Jawab ku, "Ada, ya, Rasulullah!" Lalu beliau turun dari kenderaannya, dan berjalan ke dalam gelap malam sehingga tak kelihatan lagi olehku. Kemudian beliau datang kembali. Aku menuangkan air dari timba untuk beliau wuduk, lalu beliau mencuci mukanya. Ketika itu beliau memakai jubah bulu. Ketika beliau akan mencuci tangan, beliau tidak dapat mengeluarkan tangannya sehingga terpaksa beliau keluarkan dari bawah jubah. Lalu beliau mencuci tangan dan menyapu kepalanya. Kemudian aku menunduk hendak membuka sepatu beliau. Kata beliau, "Biarkan sajalah kedua sepatu itu! Aku memakainya tadi dalam keadaan bersih. Kemudian beliau sapu saja kedua-duanya." |