Hadis Sahih Bukhari No. 0200 Jilid 1 Topik adalah Haid 200. Cerita dari 'Aisyah: Fatimah binti Abu Hubaisy bertanya kepada Nabi saw. katanya: "Saya ini istihadhah dan tidak pernah suci. Apakah aku harus menghentikan solat?" Jawab Nabi, "Tidak! Istihadhah itu dari pembuluh-pembuluh darah. Tetapi berhentilah solat beberapa hari, iaitu pada hari-hari biasanya anda haid. Sesudah itu mandilah dan solatlah!" |