Hadis Sahih Muslim No. 0196 Jilid 1 Topik adalah Bersuci 196. Dari Abu Hazim r.a., katanya: "Aku berdiri di belakang Abu Hurairah ketika dia sedang berwuduk untuk solat. Aku melihatnya mencuci tangan sampai ketiak, kerana itu aku bertanya kepadanya, "Wuduk cara bagaimana itu, hai Abu Hurairah?" Jawab Abu Hurairah, "Ya, Bani Farruh! Andakah itu? Kalau aku tahu Anda berada di situ, aku tidak akan berwuduk seperti ini. Aku mendengar sahabatku Rasulullah saw. bersabda: "Orang mukmin akan beroleh cahaya sesuai dengan cara dia berwuduk." |