Hadis Sahih Bukhari No. 0196 Jilid 1 Topik adalah Haid 196. 'Aisyah menceritakan,"Aku ihram bersama Rasulullah saw. pada haji wada'" maka aku termasuk orang-orang yang mengerjakan haji tamatuk dan tidak membawa hadya. Tiba-tiba aku haid dan belum juga suci sampai malam Arafah. Maka berkata ' Aisyah kepada Nabi saw., "Ya, Rasulullah! Malam ini malam 'Arafah; padahal aku umrah." Jawab Nabi saw., "Bukalah sanggulmu, kemudian bersikat dan berhentilah umrah." Kata ' Aisyah, "Apa yang disuruhkan Nabi itu, aku laksanakan semuanya. Ketika telah selesai haji, Nabi saw. menyuruh Abdurrahman (saudara ' Aisyah) supaya membawa ku pada Malam hasbah untuk mengerjakan umrah dari Tan'im, iaitu akan ganti umrah yang tadinya gagal aku laksanakan." |