Hadis Sahih Muslim No. 0194 Jilid 1 Topik adalah Bersuci 194. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:"Kelak di hari kemudian, telagaku lebih luas dari jarak antara Ailah dan Aden. Airnya lebih jernih daripada salju, lebih manis daripada madu dicampur susu. Bejana-bejananya lebih banyak daripada bintang-bintang di langit. Aku melarang orang mendekat ke telagaku itu, sebagaimana orang menghalau unta orang lain apabila datang ke telaganya." Tanya mereka, "Ya, Rasulullah! Apakah anda mengenali kami ketika itu?" Jawab Rasulullah saw., "Ya! Ketika itu anda mempunyai tanda yang tidak dipunyai umat-umat lain. Anda akan datang kepada ku bercahaya-cahaya gilang-gemilang kerana bekas wuduk." |