Hadis Sahih Bukhari No. 0193 Jilid 1 Topik adalah Haid 193. Cerita dari 'Aisyah,katanya: "Fatimah binti Abu Hubaisy bertanya kepada Rasulullah saw., katanya:"Ya,Rasulullah! Sesungguhnya aku tidak pernah suci. Apakah aku harus meninggalkan solat selamanya?" Jawab Rasulullah saw.,"Sesungguhnya yang demikian itu adalah darah yang keluar dari pembuluh darah, bukan darah haid. Maka apabila yang keluar itu darah haid, berhentilah anda solat selama haid, dan apabila masa haid itu telah habis, sucikanlah tubuhmu dan setelah itu solatlah anda kembali." |