Hadis Sahih Bukhari No. 0189 Jilid 1 Topik adalah Haid 189. Ummu Salamah bercerita, katanya: "Pada suatu ketika aku tidur bersama Nabi saw. di bawah satu selimut kain bulu. Tiba-tiba aku haid, lalu aku menjauhkan diri dari Nabi dan mengambil kain haidku. Nabi saw. bertanya, "Haidkah engkau?" Jawab ku, "Betul!" Lalu aku dipanggilnya dan tidur kembali bersama-sama dengan beliau di bawah selimut itu. |