Hadis Sahih Muslim No. 0187 Jilid 1 Topik adalah Bersuci 187. Dari Salim, hamba sahaya Syaddad, katanya: "Aku datang ke rumah 'Aisyah, isteri Nabi saw., pada hari Sa'ad bin Abu Waqqash wafat. Tiba-tiba 'Abdur Rahman bin Abu Bakar datang, dan dia berwuduk dekat 'Aisyah. Kata 'Aisyah r.a., "Hai, 'Abdur Rahman. Sempurnakanlah wuduk mu sebagus-bagusnya, kerana aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Celakalah tumit-tumit (yang tidak basah) itu dimakan api neraka." |