Hadis Sahih Bukhari No. 0187 Jilid 1 Topik adalah Haid 187. Cerita dari 'Urwah bahawa dia ditanya orang: "Bolehkah wanita haid melayani ku, dan bolehkah wanita junub mendekati ku?" Jawab 'Urwah, Semuanya boleh bagi ku. Semuanya boleh melayani ku dan tiada celanya. 'Aisyah menceritakan kepada ku, dia pernah menyikat rambut Rasulullah saw. ketika dia sedang haid. Pada hal ketika itu Rasulullah sedang iktikaf di masjid. Maka didekatkannya kepalanya kepada Aisyah yang sedang berada di dalam biliknya, lalu 'Aisyah menyikat rambut Rasulullah pada hal dia sedang haid." |