Hadis Sahih Bukhari No. 0186 Jilid 1 Topik adalah Haid 186. Cerita dari 'Aisyah, katanya: Kami berangkat,tiada lain sengaja kami selain dari mengerjakan haji. Setelah kami sampai di Syarif, saya haid. Rasulullah saw. datang kepada ku padahal aku sedang menangis. Lalu beliau bertanya: "Kenapa engkau menangis. Haidkah engkau?" Jawab ku, "Betul!" Sabdanya, "Sesungguhnya haid itu, adalah suatu perkara yang telah ditetapkan Allah swt. atas kaum wanita anak cucu Adam. Maka lakukanlah apa yang dilakukan orang haji selain tawaf keliling Kaabah." 'Aisyah menambahkan, "Setelah itu Rasulullah berkorban untuk para isteri beliau dengan menyembelih lembu." |