Hadis Sahih Muslim No. 0181 Jilid 1 Topik adalah Bersuci 181. Dari 'Usman bin 'Affan r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang berwuduk untuk solat, dan disempurnakannya wuduknya itu sebagus-bagusnya, sesudah itu dia pergi menunaikan solat wajib berjemaah dengan orang ramai di masjid, nescaya Allah mengampuni dosa-dosanya." |