Hadis Sahih Bukhari No. 0180 Jilid 1 Topik adalah Wuduk 180, Abu Hurairah r.a. bercerita, bahawa dia bertemu dengan Nabi saw. pada sebuah jalan di Madinah. Ketika itu Abu Hurairah berhadas junub, lalu dia menghindar dan pergi mandi. Sesudah itu dia datang kepada Nabi. Kata Nabi," Ke mana engkau tadi, hai Abu Hurairah?" Jawabnya, "Tadi saya berhadas kerana junub. Saya malas duduk bersama anda ketika saya tidak suci seperti itu." Sabda Nabi,"Subhanallah! Orang Muslim itu tidak najis." |