Hadis Sahih Muslim No. 0179 Jilid 1 Topik adalah Bersuci 179. Dari 'Usman r.a., katanya, mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Setiap orang muslim, apabila tiba waktu solat wajib, lalu dia wuduk sesempurna mungkin, sesudah itu dia solat sekhusyu' mungkin, nescaya Allah menghapus dosa-dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar. Demikianlah halnya sepanjang masa." |