Hadis Sahih Bukhari No. 0177 Jilid 1 Topik adalah Wuduk 177, Abu Hurairah r.a. mengatakan bahawa Nabi saw. bersabda: "Banu (turunan atau bangsa) Israel itu mandi bertelanjang satu sama lain saling lihat melihat. Tetapi Nabi Musa mandi seorang dirinya. Mereka mengatakan: "Demi Allah! Tidak ada yang melarang Musa mandi bersama-sama dengan kita, kecuali kerana dia berpenyakit, buah pelirnya besar." Pada suatu kali Nabi Musa mandi, kainnya diletakkannya di atas batu. Lalu batu itu melarikan kain Nabi Musa, dan beliau menyusulnya sambil berteriak: "Kainku ! Hai, batu !" Sehingga oleh kerana itu, Bani Israil dapat melihat (aurat) Nabi Musa, lantas mereka berkata, "Demi Allah! Musa tidak berpenyakit apa-apa." Lalu Nabi Musa mengambil kainnya dan dipukulnya batu itu." |