Hadis Sahih Bukhari No. 0176 Jilid 1 Topik adalah Wuduk 176, Abu Hurairah r.a. menceritakan: " (Pada suatu ketika) orang telah qamat untuk solat. Saf telah diluruskan sambil berdiri. Rasullullah saw. datang kepada kami. Setelah beliau berdiri di tempatnya biasa solat, tiba-tiba ia teringat bahawa beliau junub. Beliau berkata kepada kami, "Tunggulah sebentar!" Sesudah mandi ia datang kembali kepada kami, sedangkan rambutnya masih basah. Lalu beliau takbir dan solat bersama-sama dengan kami." |