Hadis Sahih Muslim No. 0173 Jilid 1 Topik adalah Iman 173. Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. bersabda kepada kami, "Sukakah anda semua menjadi seperempat penduduk syurga?" Kami menjawab dengan takbir, "Allahu akbar!" Nabi saw. bersabda, "Aku berharap supaya anda menjadi seperdua penduduk syurga. Perlukah aku terangkan sebabnya? Sebabnya ialah, kerana orang muslim dibandingkan dengan orang kafir ialah bagaikan bulu hitam di tubuh sapi putih." |