Hadis Sahih Bukhari No. 0172 Jilid 1 Topik adalah Wuduk 172, Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa Maimunah r.a. bercerita: "Aku sediakan air untuk mandi Nabi saw. Maka beliau cuci kedua belah tangannya, dua atau tiga kali. Sesudah itu dituangkannya air ke tangan kirinya lalu dicucinya kemaluannya dan disapukannya tangannya ke tanah. Kemudian beliau berkumur-kumur, menghirup air ke hidung (istinjak), mencuci muka dan mencuci kedua tangannya. Sesudah itu disiramkannya air ke seluruh tubuhnya. Kemudian beliau bergeser sedikit dari tempatnya dan mencuci kedua kakinya." |