Hadis Sahih Muslim No. 0169 Jilid 1 Topik adalah Iman 169. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ada tujuh puluh ribu orang umat ku yang akan masuk syurga tanpa dihisab (diadili)." Mendengar sabda Nabi itu, lalu seorang lelaki berkata, "Ya, Rasulullah! Doakanlah kepada Allah semoga aku termasuk di antara mereka." Maka Nabi saw. lalu mendoakannya, "Wahai, Allah! Masukkanlah dia diantara mereka!" Lelaki yang lain meminta pula, "Ya, Rasulullah! Doakanlah kepada Allah, semoga aku termasuk di antara mereka." Jawab Rasulullah saw.,"Engkau telah didahului 'Ukasyah." |