Hadis Sahih Muslim No. 0168 Jilid 1 Topik adalah Iman 168. Dari 'Aisyah r.a., katanya:"Aku bertanya kepada Rasulullah saw. "Ya. Rasulullah! Ibnu Jud'ad di masa jahiliyah gemar menghubungkan silaturrahim dan memberi makan orang-orang miskin. Dapatkah amalnya itu bermanfaat kepadanya?" Jawab beliau, "Tidak! Kerana dia tidak pernah mengucapkan selama hidupnya: 'Wahai, Allah! Ampunilah segala dosaku di hari kiamat kelak." |