Hadis Sahih Muslim No. 0166 Jilid 1 Topik adalah Iman 166. Dari 'Abbas bin 'Abdul Muthalib r.a., katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw.: "Ya, Rasulullah! Adakah bermanfaat kepada Abu Thalib kasih-sayang dan pembelaannya terhadap anda?" Jawab Rasulullah saw., "Ada! Dia berada dalam neraka dengan kedalaman sebatas mata kail. Kalaulah bukan kerana pembelaanku kepadanya, dia berada di tingkat yang paling bawah dalam neraka." |