Hadis Sahih Muslim No. 0164 Jilid 1 Topik adalah Iman 164. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Tatkala ayat: Wa andzir 'asyiratakal aqrabin' (Syu'ara : 214) diturunkan Allah swt., Rasulullah saw. berdiri di atas bukit Shafa, lalu beliau bersabda: "Hai, Fatimah binti Muhammad! Hai Shafiyah binti Abdul Muththalib! Hai, Bani 'Abdul Muththalib! Aku tidak kuasa apa-apa untuk membelamu sekalian di hadapan Allah kelak. Kerana itu, kecuali sedikit harta yang ku miliki mintalah kepada ku jika kamu membutuhkan!" |