Hadis Sahih Muslim No. 0158 Jilid 1 Topik adalah Iman 158. Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Aku akan datang nanti ke syurga, lalu kuminta supaya pintu dibukakan. Penjaga bertanya, "Siapa anda?" Jawab ku, "Muhammad!" Lalu kata penjaga, "Aku diperintahkan supaya tidak membuka pintu ini sebelum anda datang." |