Hadis Sahih Muslim No. 0150 Jilid 1 Topik adalah Iman 150. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Sekurang-kurang kedudukan seseorang di syurga, ialah firman Allah kepadanya: Mintalah apa yang kamu inginkan!" Maka dimintanya apa yang diinginkannya. Kemudian Allah berfirman pula, "Adakah permintaan mu yang lain?" "Ya, ada!" jawabnya. Maka berfirman Allah kepadanya, "Untuk mu segala yang kamu inginkan dan ku tambah sebanyak itu pula." |