Hadis Sahih Bukhari No. 0144 Jilid 1 Topik adalah Wuduk 144, Suaid bin Nukman menceritakan, "Pada suatu ketika di tahun petang Khaibar dia pergi bersama Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan, hingga sampai di Shahbaa, iaitu suatu tempat dekat Khaibar. Di sana Nabi solat Asar. Sesudah itu Nabi menyuruh mengambilkan makanan, tetapi tidak ada yang dihidangkan orang selain hanya tepung. Nabi menyuruh supaya membasahi tepung itu. Maka Rasulullah makan dan kami pun makan pula. Kemudian Nabi berdiri hendak solat Maghrib. Nabi berkumur-kumur lebih dahulu dan kami pun berkumur pula. Kemudian Nabi solat tanpa mengulang wuduk kembali (setelah makan tepung itu). |