Hadis Sahih Muslim No. 0141 Jilid 1 Topik adalah Iman 141. Dari Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Pada suatu hari Rasulullah saw. menceritakan tentang ciri-ciri Al Masih Dajjal. Sabda beliau, "Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta'ala tidak sepet. Yang picik (buta matanya sebelah) itu ialah Al Masih Dajjal; matanya yang sebelah kanan picik seperti anggur kering." Sabda beliau selanjutnya, "Tadi malam aku bermipi dalam tidurku seolah-olah aku berada dekat Kaabah. Sekonyong-konyong aku melihat seorang lelaki berkulit putih kemerah-merahan, lebih cantik dari orang-orang cantik yang pernah ku lihat. Rambutnya terurai mencapai kedua bahunya, licin bagai meneteskan air layaknya. Dia letakkan dua tangannya di atas bahu dua orang lelaki yang mengiringnya, padahal dia sedang melakukan tawaf di Kaabah. Lalu aku bertanya, "Siapa ini?" Jawab mereka, "Al Masih Ibnu Maryam!" Kemudian, kulihat pula dibelakangnya seorang lelaki berambut keriting. Matanya yang sebelah kanan picek seperti Ibnu Qathan yang pernah anda lihat. Dua orang lelaki meletakkan tangan di kedua bahunya, dan dia sedang tawaf. Aku bertanya, "Siapa itu?" Jawab mereka, " Al Masih Dajjal!" |