Hadis Sahih Muslim No. 0136 Jilid 1 Topik adalah Iman 136. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Jibril a.s. mendatangi Rasulullah saw. ketika beliau sedang bermain-main dengan beberapa orang anak (di zaman kanak-kanak). Tiba-tiba Jibril memegang dan membaringkan beliau, lalu membelah dan mengeluarkan jantung beliau, kemudian dibuangnya segumpal darah dari jantung itu seraya berkata: Ini menguntungkan syaitan dari diri mu. Kemudian dibersihkannya dalam sebuah bejana emas dengan air zamzam. Sesudah itu diletakkannya ditempatnya dan dijahitkannya kembali. Anak-anak yang menyaksikan peristiwa itu segera lari kepada ibu susu beliau, mengabarkan bahawa Muhammad dibunuh orang. Mereka segera mencarinya, dan didapatinya Muhammad masih dalam keadaan pucat." Kata Anas, "Aku melihat bekas jahitan itu di dada Nabi saw." |