Hadis Sahih Bukhari No. 0132 Jilid 1 Topik adalah Wuduk 132, Dari Abu Juhaifah r.a. katanya: "Rasulullah saw. datang kepada kami pada suatu ketika di tengah hari. Maka dibawa orang air kepada beliau untuk berwuduk. Nabi berwuduk dengan air itu. (Setelah beliau selesai berwuduk) banyak orang mengambil sisa air wuduk Nabi itu, dan mereka menyapukannya (ke badan mereka) Lalu Nabi saw. solat Zohor dua rakaat, dan Asar dua rakaat pula. Sementara di hadapan Nabi terpancang sebuah tongkat (sebagai tanda atau batas tempat beliau solat)." |