Hadis Sahih Bukhari No. 0128 Jilid 1 Topik adalah Wuduk 128, Abu Sa'id al Khudri r.a. menceritakan bahawa Rasulullah saw. menyuruh panggil seorang Ansar. Sebentar kemudian orang itu datang kepada Nabi, sedangkan dari kepalanya masih bertitikan air kerana baru sudah mandi. Kata Nabi kepadanya, "Barangkali ! saya telah menyebabkan engkau datang sangat terburu-buru." Jawab orang itu, "Betul, ya, Rasulullah! " Sabda Rasulullah saw., "Apabila engkau terburu-buru atau engkau bersenggama tanpa keluar mani, cukuplah engkau berwuduk saja." |