Hadis Sahih Muslim No. 0126 Jilid 1 Topik adalah Iman 126. Dari Sya'bi r.a., dari Abu Burdah bin Abu Musa, dari bapanya katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ada tiga golongan, di mana mereka diberi pahala berganda: (1) Ahli Kitab yang iman dengan nabinya, kemudian dia bertemu dengan Nabi Muhammad saw. lalu dia beriman dengannya, mengikutnya, dan membenarkannya, maka orang itu mendapat pahala dua kali. (2) Hamba sahaya yang melaksanakan kewajipannya terhadap Allah Ta'ala dan terhadap majikannya, hamba sahaya itu mendapat pahala dua kali. (3) Lelaki yang memiliki hamba sahaya wanita, lalu diberinya makan, dididiknya baik-baik, dimerdekakannya lalu dikahwininya, maka orang itu mendapat pahala dua kali." |