Hadis Sahih Bukhari No. 0125 Jilid 1 Topik adalah Wuduk 125, Adi bin Hatim r.a. mengatakan: "Saya bertanya kepada Nabi saw. perihal anjing pemburu. Jawab Nabi, "Apabila kamu melepaskan anjingmu yang terlatih (mu'allam), kemudian dia membunuh binatang buruan, maka binatang buruan itu boleh kamu makan. Tetapi apabila anjingmu telah memakan buruan itu, maka (sisanya) janganlah kamu makan kerana anjing itu menangkap untuk dirinya sendiri." Saya bertanya pula, "Kulepaskan anjingku, tetapi kedapatan pula anjing lain beserta dia, bagaimanakah itu?" Jawab Nabi, "Jangan kamu makan tangkapannya, kerana engkau membaca 'Bismillah' untuk melepas anjingmu, bukan untuk anjing yang lain itu." |