Hadis Sahih Muslim No. 0124 Jilid 1 Topik adalah Iman 124. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Setiap Nabi yang diutus Allah dibekali dengan bukti-bukti, sebagai mu'jizat bagi mereka agar umat manusia beriman kepada mereka. Sedangkan aku dibekali dengan wahyu yang diwahyukan Allah kepada ku (Al Qur'an). Kerana itu aku penuh harap bahawa umatkulah nanti yang terbanyak di hari kiamat." |