Hadis Sahih Muslim No. 0123 Jilid 1 Topik adalah Iman 123. Dari Sa'ad bin Abu Waqqash, katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. membahagi-bahagikan suatu pembahagian kepada sekelompok orang (ketika itu Sa'ad duduk di antara mereka). Ternyata Rasulullah saw. tidak memberikan pembagian itu kepada seseorang di antara mereka. Kejadian itu sangat menghairankan ku. Kerana itu aku bertanya, "Ya, Rasulullah! Apakah sebabnya si Fulan tidak Anda beri pembahagian itu? Demi Allah! " Aku tahu benar bahawa dia itu mukmin." Jawab Rasulullah saw., "Bukankah dia itu muslim?" Kata Sa'ad. selanjutnya, "Aku diam sebentar. Sementara itu apa yang ku ketahui mengenai orang itu mendesak ku untuk bertanya lagi." Lalu ujar ku, "Ya, Rasulullah! Apakah sebabnya si Fulan itu tidak Anda beri pembagian itu? Demi Allah! Aku tahu benar bahawa dia itu mukmin." Jawab Rasulullah saw. "Bukankah dia itu muslim? Kata Sa'ad, "Aku terdiam sebentar, dan hal itu sangat mempengaruhi ku." Kerana itu aku berujar pula, "Ya, Rasulullah! Apakah sebabnya si Fulan itu tidak Anda beri? Demi Allah! Aku tahu benar yang dia itu mukmin." Akhirnya Rasulullah saw. menjawab, "Bukankah dia itu muslim? Sesungguhnya aku lebih suka memberi orang-orang itu kerana aku khuatir mereka akan kafir kembali, sedangkan yang lain-lain itu lebih ku cintai daripada mereka." |