Hadis Sahih Muslim No. 0122 Jilid 1 Topik adalah Iman 122. Dari Hudzaifah r.a, katanya "Pada suatu ketika kami berada bersama-sama Rasulullah saw., Beliau bersabda : "Cubalah Anda hitung untukku berapa jumlahnya orang-orang Islam!" Jawab kami, "Ya, Rasulullah! Apakah Anda khuatir terhadap kami? Kami berjumlah kira-kira 600 sampai 700 orang." Sabda Rasulullah saw., "Anda semua belum tahu, kalau pada suatu ketika akan terjadi cubaan." Kata Hudzaifah, "Benar juga sabda Rasulullah saw. Nyatanya kami benar-benar mendapat cubaan, sehingga kami tidak dapat solat melainkan dengan cara sembunyi-sembunyi." |