Hadis Sahih Bukhari No. 0119 Jilid 1 Topik adalah Wuduk 119, Ubaid bin Juraij bertanya kepada Abdullah bin Umar r.a. : "Hai, Abu Abur rahman! Saya melihat Anda melakukan empat macam perbuatan yang tidak pernah saya lihat seorang pun dari sahabat Anda yang melakukannya." Jawab Abdullah, "Apakah itu, hai, Ibnu Juraij?" Kata Ibnu Juraij, "Saya melihat Anda tidak menyentuh semua sudut Kaabah kecuali dua sudut sebelah negeri Yaman , dan saya melihat Anda memakai terompah kulit yang tidak berbulu dan saya melihat Anda mencelup pakaian dengan warna kuning; dan saya melihat pula, ketika Anda berada di Mekah, padahal ketika itu orang banyak telah melakukan ihram kerana mereka telah menampak bulan, sedangkan , Anda belum melakukannya, hingga sampai hari Tarwiyah (lapan Dzulhijjah) baru Anda melakukannya." Jawab Abdullah, "Adapun menyentuh dua sudut Kaabah, saya tidak melihat Rasulullah menyentuh sudut selain itu; saya pakai terompah kulit yang tidak berbulu,kerana saya melihat Rasulullah saw memakai terompah kulit yang tidak berbulu pula, dan beliau berwuduk memakai terompah itu, sebab itu saya suka pula memakainya. Adapun mencelup pakaian dengan warna kuning. Kerana itu saya suka pula mencelup dengan warna seperti itu. Adapun ihram, sesungguhnya aku belum pernah melihat Rasulullah saw melakukan ihram,kecuali bila kenderaannya telah siap berangkat. |