Hadis Sahih Bukhari No. 0118 Jilid 1 Topik adalah Wuduk 118, Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu berwuduk, hendaklah ia memasukkan air ke dalam hidungnya, kemudian menyemburkannya kembali (istinsyaq), dan barangsiapa bersuci dengan batu (istijmar) , hendaklah dengan bilangan ganjil. Dan apabila seseorang kamu bangun dari tidur, hendaklah dia membasuh tangannya lebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam air wuduk, kerana tidak seorang pun yang tahu di mana tangannya terletak selama ia tidur." |