Hadis Sahih Muslim No. 0115 Jilid 1 Topik adalah Iman 115. Dari Abi Malih r.a., katanya: "Pada suatu hari 'Ubaidullah bin Ziyad datang mengunjungi Ma'qil bin Yasar yang sedang sakit., Kata Ma'qil kepada 'Ubaidullah, "Ku sampaikan kepada Anda sebuah hadis, yang kalaulah aku tidak sakit seperti hadis itu belum akan ku sampaikan kepada Anda. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Seorang Amir (penguasa) yang mentadbir urusan-urusan kaum muslimin, apabila dia tidak bersungguh-sungguh berjuang bagi kepentingan mereka, dan tidak memberikan nasihat, dia tidak akan masuk syurga bersama-sama dengan mereka." |