Hadis Sahih Bukhari No. 0114 Jilid 1 Topik adalah Wuduk 114, Abdullah bin Masuud r.a. menceritakan: "Pada suatu ketika Nabi saw. pergi buang air. Aku disuruhnya mencarikan tiga buah batu tetapi aku dapat hanya dua buah. Ku cari sebuah lagi, tetapi tetap tidak ku dapat. Maka ku ambil sepotong tahi yang telah keras, lalu ku berikan kepada beliau. Nabi mengambil kedua buah batu itu dan membuang tahi keras sambil mengatakan, "Ini kotor!" |