Hadis Sahih Bukhari No. 0105 Jilid 1 Topik adalah Wuduk 105, Aisyah r.a. menceritakan "Apabila para isteri Nabi hendak buang air pada malam hari, mereka pergi ke tanah lapang Umar (bin Khaththab) mengusulkan kepada Nabi, supaya menyuruh para isteri beliau memakai hijab (tabir). Tetapi Rasulullah SAW. Tidak berbuat apa-apa. Pada suatu malam Saudah binti Zamaa, isteri Rasulullah, keluar waktu Isyak, dan dia adalah seorang wanita yang tinggi perawakannya. Lalu Umar menyapanya, 'Hai, kami mengenal engkau, hai Saudah! "Dia menyapa kerana sangat mengharapkan supaya turun ayat (perintah) hijab. Memang, sesudah itu turun ayat hijab. |