Hadis Sahih Muslim No. 0104 Jilid 1 Topik adalah Iman 104. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda "Allah Azza wa Jalla berfirman: Apabila hamba Ku berkata akan berbuat kebajikan, Aku tulis baginya (pahala) satu kebajikan, sekalipun belum dilaksanakannya. Tetapi apabila dilaksanakannya, Aku tulis untuknya (pahala) sepuluh kebajikan. Apabila dia berujar akan berbuat kejahatan, Aku ampuni dia selama belum dilaksanakannya. Apabila dilaksanakannya, Kutulis untuknya balasan satu kejahatan. Sabda Rasulullah saw. selanjutnya: "Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Inilah hamba Mu, dia bermaksud hendak berbuat kejahatan (padahal Allah melihat)." Jawab Allah, "Amatilah dia! Jika dilaksanakannya, tuliskan baginya balasan yang setimpal. Tetapi jika tidak dilaksanakannya, tuliskan baginya pahala satu kebajikan, kerana dia takut kepada Ku." Rasulullah saw. melanjutkan pula sabdanya, "Apabila keislaman kamu lebih meningkat, maka tiap-tiap kebajikan yang dilakukannya ditulis (pahalanya) sepuluh sampai tujuh ratus ganda. Dan tiap-tiap dia melakukan kejahatan ditulis (balasannya) setimpal dengan kejahatannya itu sampai dia mati." |