Hadis Sahih Muslim No. 0102 Jilid 1 Topik adalah Iman 102. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Allah 'Azza wa Jalla berfirman (kepada malaikat-Nya): Apabila hambaku berniat hendak melakukan kejahatan, janganlah kamu tuliskan. Apabila telah dilakukannya, tulislah baginya satu kejahatan. Apabila dia berniat hendak berbuat kebajikan, tetapi belum dilaksanakannya, tulislah baginya satu kebajikan. Apabila dilaksanakannya tulislah untuknya sepuluh kebajikan." |