Hadis Sahih Muslim No. 0100 Jilid 1 Topik adalah Iman 100. Dari Abdullah r.a., katanya: "Setelah turun ayat: Orang orang yang beriman, dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan penganiayaan (hingga akhir ayat) maka para sahabat merasa sukar memahami maksud ayat itu. Kerana itu mereka bertanya kepada Rasulullah saw., "Siapakah di antara kami yang tidak pernah menganiaya dirinya?" Jawab Rasulullah saw., "Bukan begitu! Maksudnya ialah sebagaimana diajarkan Luqman kepada anaknya, katanya: Hai, anakku! Janganlah kamu syirik (menyekutukan Allah), kerana syirik itu adalah aniaya besar. |