Hadis Sahih Bukhari No. 0099 Jilid 1 Topik adalah Wuduk 99, Usamah bin Zaid r.a. menceritakan, "Pada suatu ketika Rasulullah saw. Berangkat dari Arafah untuk melakukan suatu perjalanan. Ketika beliau sampai di sebuah jalan pada suatu bukit, beliau turun dan buang air kecil di situ. Kemudian beliau berwuduk dengan sederhana saja. Saya bertanya kepada beliau, "Apakah kita akan solat, ya, Rasulullah ?" Jawab Nabi, "Nanti, di tempat perhentian di muka." Rasulullah menaiki kenderaannya kembali. Setelah sampai di Muzdalifah, beliau turun pula, dan berwuduk dengan sempurna. Kemudian orang qamat untuk solat Maghrib. Tiap-tiap orang menyuruh untanya berlutut (berehat) di perhentian itu. (Tidak lama sesudah itu) orang qamat pula untuk solat Isyak dan langsung melakukan solat. Antara keduanya (Maghrib dan Isyak) Nabi tidak solat (sunat)." |