Hadis Sahih Muslim No. 0097 Jilid 1 Topik adalah Iman 97. Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw.: "Ya, Rasulullah! Apakah kami akan diseksa kerana perbuatan kami pada masa jahiliyah?" Jawab Nabi saw.: "Siapa yang baik Islamnya, dia tidak akan diseksa kerana amalnya masa jahiliyah. Akan tetapi siapa yang buruk Islamnya, maka dia akan diseksa kerana amalnya pada masa jahiliyah dan masa Islam." |