Hadis Sahih Muslim No. 0096 Jilid 1 Topik adalah Iman 96. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Setelah turun ayat: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, maka Tsabit bin Qais tinggal diam di rumah beberapa lamanya, dan ia berkata: "Aku ini penghuni neraka." Kerana itu ia takut bertemu dengan Nabi saw. Nabi saw. bertanya kepada Sa'ad bin Mu'adz, katanya: "Hai, Abu 'Amar! Kenapa Tsabit tidak pernah kelihatan, bagaimanakah dia, apakah dia sakit?" Jawab Sa'ad, "Tsabit itu tetanggaku, setahuku dia tidak sakit!" Kata Anas, "Kerana itu Sa'ad mendatangi Tsabit, lalu mengabarkan bahawa Rasulullah saw. menanyakannya." Kata Tsabit kepada Sa'ad, "Ayat itu turun. Anda semua tahu bahawa aku orang yang paling tinggi suaranya di hadapan Nabi. Kerana itu aku merasa diri ku ini penghuni neraka." Sa'ad menyampaikan ucapan Tsabit itu kepada Nabi saw., lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya dia penghuni syurga!" |