Hadis Sahih Bukhari No. 0094 Jilid 1 Topik adalah Ilmu 94, Abdullah bin Umar r.a. menceritakan bahawa seorang laki-laki. berdiri dan bertanya kepada Rasullullah di dalam masjid: "Ya, Rasulullah! Dari batas mana kami harus mulai ihram?" Jawab Rasulullah, "Orang Madinah ihram harus mulai dari Zulhulaifah; orang Syam mulai dari Juhfah, dan orang Nejd mulai dari Qarn." Kata Ibnu Umar, "Orang-orang mengatakan bahawa Rasullullah pernah juga berkata: Orang Yaman mulai ihram dari Yalamlam. Tetapi Ibnu Umar mengatakan pula bahawa dia tidak begitu ingat akan ucapan Rasulullah yang demikian itu." |